Akademi NU'DELLA

Akademi NU’DELLA memberikan latihan berkualiti di dalam Holistic Spa Therapy untuk memenuhi keperluan, cara hidup serta cabaran alaf ke-21. Sementara kebanyakan kursus kecantikan menumpukan kepada bahagian fizikal kulit dan badan, Akademi NU’DELLA adalah komited dalam menyediakan pembelajaran yang lengkap dalam rawatan spa dan terapi kesihatan komplementari.

Kami menyediakan peluang kerjaya dalam keusahawanan melalui program kearah pasaran (market-driven programs) yang direka khas untuk mendefinisikan penghayatan holistik.

Objektif Akademi adalah seperti berikut:-

  1. Menyediakan arahan berbentuk interactif yang menggalakkan  pelajar untuk turut serta secara aktif di dalam kelas
  2. Menggalakkan budaya pembelajaran yang berilmu dan bermaklumat di dalam perkembangan industri mutakhir
  3. Pelajar adalah dilatih secukupnya dari segi teori dan praktikal pembelajaran agar dapat memenuhi kehendak pasaran dan peluang pekerjaan
  4. Berazam untuk menawarkan peluang perkembangan peribadi dan profesional serta perkembangan individu
  5. Menyesuaikan beberapa metodologi pengajaran menggunakan alat bantu dalam mengetengahkan beberapa kaedah pembelajaran dan keperluan yang disukai pelajar

TENTANG NU'DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA

Nu'della Logo

Bertemakan kemelayuan dan budaya ketimuran Nu’della telah mencipta konsep Malaysian Holistik Spa  untuk memartabatkan rawatan moden dan tradisional berkonsepkan Malaysia. Malaysian Holistik Spa membawa ciri-ciri kemelayuan dari segi rekabentuk outlet, hiasan dalaman dan penyediaan perkhidmatan.

Kaedah-kaedah moden dan tradisional diamalkan untuk perawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki dimana bahan-bahan perawatan diambil sepenuhnya dari alam semulajadi seperti herba dan akar kayu yang dibersihkan serta diproses siap untuk kegunaan perawatan.

Selain dari produk-produk herba, Malaysian Holistik Spa juga menawarkan produk-produk klinikal yang dijamin keselamatan dan keberkesanannya, halal dan tidak meggunakan bahan-bahan kimia berbahaya. Produk-produk ini telah diujikaji dan didaftarkan dibawah Biro Pengawalan Farmaseutikal.

 

NU' DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA

AINAA - AILAA GROUP SDN. BHD.

No.8, Jalan 4/11,

Seksyen 4 Tambahan,

Bandar Baru Bangi,

43000 Selangor Darul Ehsan.

Tel   : 603-8925 5002

Faks : 603-8925 5004

E-mel : nudella2000[at]gmail[dot]com

fb_nudella Instagram Nudella

  

 

PERKHIDMATAN DITAWAR

> Peluang Keusahawanan dan Perniagaan

> Kecantikan

> Produk Kosmetik

> Produk Makanan

> Produk Kegunaan Luar