Akademi NU'DELLA

Cetak

Akademi NU’DELLA memberikan latihan berkualiti di dalam Holistic Spa Therapy untuk memenuhi keperluan, cara hidup serta cabaran alaf ke-21. Sementara kebanyakan kursus kecantikan menumpukan kepada bahagian fizikal kulit dan badan, Akademi NU’DELLA adalah komited dalam menyediakan pembelajaran yang lengkap dalam rawatan spa dan terapi kesihatan komplementari.

Kami menyediakan peluang kerjaya dalam keusahawanan melalui program kearah pasaran (market-driven programs) yang direka khas untuk mendefinisikan penghayatan holistik.

Objektif Akademi adalah seperti berikut:-

  1. Menyediakan arahan berbentuk interactif yang menggalakkan  pelajar untuk turut serta secara aktif di dalam kelas
  2. Menggalakkan budaya pembelajaran yang berilmu dan bermaklumat di dalam perkembangan industri mutakhir
  3. Pelajar adalah dilatih secukupnya dari segi teori dan praktikal pembelajaran agar dapat memenuhi kehendak pasaran dan peluang pekerjaan
  4. Berazam untuk menawarkan peluang perkembangan peribadi dan profesional serta perkembangan individu
  5. Menyesuaikan beberapa metodologi pengajaran menggunakan alat bantu dalam mengetengahkan beberapa kaedah pembelajaran dan keperluan yang disukai pelajar