Peluang Francais NU'DELLA

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perniagaan kecantikan dan kesihatan, kami telah menempa nama NU’DELLA sebagai Francaisor Malaysian Holistic Spa. Perkhidmatan dan produk kami telah diterima oleh sebahagian besar pelangan yang inginkan rawatan kulit dan badan secara tradisional tetapi holistik.  Ini dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mempunyai keperluan cara hidup yang tersendiri.—

NU’DELLA juga merupakan pengeluar produk kecantikan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti gred-spa yang telah dimajukan di Malaysia. Sejak penubuhannya, NU’DELLA telah menjadi peneraju dan pemimpin dalam konsep spa holistik tradisional dengan amalan Islam.

Disamping dapat faedah daripada jenama kecantikan yang telah dibina, sebagai francaise,  mereka juga akan dapat memetik hasil daripada set-up perniagaan ini seperti:- 

  1. Identiti , imej dan kaedah perniagaan NU'DELLA
  2. Metodologi dan rancangan perniagaan
  3. Khidmat nasihat di lokasi perniagaan
  4. Outlets yang lengkap- nasihat mengenai design arkitek dan kelengkapan
  5. Latihan dalam perkhidmatan untuk kakitangan sebelum dan selepas membuka perniagaan
  6. Sokongan perniagaan dan program Perhubungan Awam yang diperlukan
  7. Pembekalan produk dan keperluan secara berterusan, bahan mentah, bahan percetakan, peralatan yang diguna-pakai, dan bahan promosi yang menggunakan Operasi Manual NU'DELLA
  8. Senaskah Operasi Manual NU'DELLA

TENTANG NU'DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA

Nu'della Logo

Bertemakan kemelayuan dan budaya ketimuran Nu’della telah mencipta konsep Malaysian Holistik Spa  untuk memartabatkan rawatan moden dan tradisional berkonsepkan Malaysia. Malaysian Holistik Spa membawa ciri-ciri kemelayuan dari segi rekabentuk outlet, hiasan dalaman dan penyediaan perkhidmatan.

Kaedah-kaedah moden dan tradisional diamalkan untuk perawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki dimana bahan-bahan perawatan diambil sepenuhnya dari alam semulajadi seperti herba dan akar kayu yang dibersihkan serta diproses siap untuk kegunaan perawatan.

Selain dari produk-produk herba, Malaysian Holistik Spa juga menawarkan produk-produk klinikal yang dijamin keselamatan dan keberkesanannya, halal dan tidak meggunakan bahan-bahan kimia berbahaya. Produk-produk ini telah diujikaji dan didaftarkan dibawah Biro Pengawalan Farmaseutikal.

 

NU' DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA

AINAA - AILAA GROUP SDN. BHD.

No.8, Jalan 4/11,

Seksyen 4 Tambahan,

Bandar Baru Bangi,

43000 Selangor Darul Ehsan.

Tel   : 603-8925 5002

Faks : 603-8925 5004

E-mel : nudella2000[at]gmail[dot]com

fb_nudella Instagram Nudella

  

 

PERKHIDMATAN DITAWAR

> Peluang Keusahawanan dan Perniagaan

> Kecantikan

> Produk Kosmetik

> Produk Makanan

> Produk Kegunaan Luar