Pengasas dan Pengarah Urusan Ainaa-Ailaa Group Sdn Bhd dan NU’ DELLA Malaysian Holistik Spa, Puan Norulnaha Abdul Razak (Ana), ialah seorang peniaga yang aktif yang juga seorang konsultan kecantikan. Beliau juga seorang jurulatih bertauliah yang bertanggungjawab membangunkan usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan yang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan.
Puan Ana telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai perniagaan spa, kecantikan dan kesihatan, Aina-Ailaa Group Sdn.Bhd (AAG.) dan NU’ DELLA dengan semangat yang jitu untuk membangunkan perniagaan.
Ainaa-Ailaa Group Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 30 November 2001. Sebagai pemegang franchise NU’DELLA Malaysia Holistik Spa, syarikat ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang meningkat dari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan spa kecantikan dan kesihatan yang tradisional di Malaysia.
Hasil daripada perkembangan yang pesat dalam sektor francais dan perubahan dalam lanskap perundangan yang mengawal perniagaan francais dalam ekonomi sedunia, AAG telah meningkatkan perkhidmatannya kepada perniagaan francais untuk usahawan tempatan dan luar negara sebagai Unit Francaisee atau Master Franchisee NU’DELLA yang berpotensi.
Hasil daripada permintaan yang baik dari pelanggan, AAG telah meluaskan perniagaannya kepada 12 outlet pemeganglesen di negara ini.
Di samping perkhidmatan yang unik dan produk yang berkualiti, AAG menawarkan produk penjagaan kulit dan makanan tambahan di bawah jenama hakcipta NU’DELLA yang dibuat daripada herba dan tanaman yang ditemui di Asia.