Produk Penjagaan Kulit dan Badan Nu’Della
- Penyelidikan yang dilakukan oleh NU’DELLA telah menghasilkan produk penjagaan kulit dan badan yang profesional bergred-spa yang holistik. Produk ini dibekalkan kepada rangkaian francais dan salon kecantikan yang profesional di Malaysia. Francais ini ditempatkan di kedudukan bandar utama yang strategik yang melatih profesional dalam industri spa melalui bahagian latihan Akademi Nu’Della.
- Produk rawatan kulit herba NU’DELLA adalah dibuat khas dan sesuai digunakan di dalam suasana cuaca tropika. Ia dirumus dan dikeluarkan melalui Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dan kilang yang bertaraf “Halal.”
- Produk penjagaan kulit NU’DELLA tidak mengandungi alkohol, bahan sampingan dari binatang, produk hormon, agen tercemar atau toksik. Oleh yang demikian, ia tiada kesan negatif seperti kekeringan atau kerosakan pada kulit.
- Perkhidmatan profesional kami dalam kecantikan atau kesihatan:
i. Rawatan muka untuk semua jenis kulit berminyak, kering atau kulit sensitif.
ii. Urutan badan secara tradisional dan refleksologi.
iii. Rawatan badan dan kulit
iv. Dandanan rambut dan rawatan
v. Pedicure and manicure
vi. Rawatan selepas bersalin
vii. Spa Tradisional spa dan rawatan pemulihan
viii. Ilmu Kosmetik asas (Basic cosmetology)
ix. Nasihat Pemakanan dan diet