Apakah Amalan Spa Islam (Islamic Spa Practice – ISP)
- ISP ialah amalan yang diterapkan dalam perniagaan spa yang memastikan unsur-unsur Islam, peraturan dan garispanduan berdasarkan syarak dilaksanakan didalam premis perniagaan sebagai amalan seharian.
- ISP memberi peluang kepada orang Islam atau bukan Islam yang berkunjung ke spa diasingkan dari segi jantina di kawasan rawatan. Mereka yang terlibat dalam rawatan seperti juruterapi dan perawat mestilah dipisahkan iaitu lelaki untuk lelaki, wanita untuk wanita berdasarkan syariah.
- Selain itu produk, perkhidmatan, prosedur dan kaedah mestilah ‘HALAL,’ termasuk juga pengurusan dan pemasaran.
Mengapa kita perlukan Islamic Spa Practice?
- Kebanyakan spa yang ada di dalam pasaran tidak boleh dikatakan sebagai contoh perniagaan yang patuh syarak.
- Sistem dan prosedur perlu di terjemahkan ke dalam SOP (Standard Operating Procedure) untuk menunjukkan bahawa organisasi tersebut beroperasi berdasarkan syariah
- SOP seperti yang terdapat di dalam ISO adalah bermakna dan boleh dilaksanakan di semua rangkaian francais Butik Ainaa-Ailaa (NU’DELLA)
Islamic Spa Practice- Ainaa-Ailaa Group Sdn Bhd (AAG)
- Diasaskan pada tahun 2003.
- Melaksanakan Modul Khas ISP (Mematuhi Syarak dalam perniagaan berdasarkan al-Quran and Hadis.
- Memasukkan aspek pengurusan, perkhidmatan dan produk.
- Halal dan selamat di samping mempunyai tambah nilai kepada pelanggan.
- Memastikan batas-batas aurat dipatuhi di antara pelanggan dan pekerja.
- Rawatan dan perkhidmatan yang dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Tiada kos terselindung.
- Sentiasa memastikan watak dan akhlak yang baik di dalam masyarakat.
- Sentiasa mengutamakan kebersihan dan aroma yang baik di sepanjang tempat perniagaan.
- Menyediakan bilik solat yang bersih dan selesa.
- Mendapatkan pendapatan yang berkat untuk syarikat dan usahawan yang dilatih.